Monday, April 25, 2016

5 ‘Hot’ Isu Yang Buat Anak Muda Makin Layu. Hei, Dah Masa Untuk Bangkit!


Sejak akhir-akhir ini, lebih banyak persepsi negatif dilemparkan kepada anak-anak muda Malaysia. Katanya anak muda makin layu, makin malas.
Bagaimanapun, kami yakin bukan semua anak-anak muda bersikap sebegini kerana masih ada lagi kelompok yang mahu bangkit daripada ‘kelayuan’ mereka dan berjaya dalam kehidupan.
Nah, apa kata kita semua nilaikan diri sendiri dan cuba untuk bangkit dengan lebih positif!

1. Jangan jadi anak muda yang mudah lupa

Lupakah anda dengan pengorbanan pahlawan-pahlawan yang mendapatkan kemerdekaan Malaysia? Jangan hanya kerana kepentingan diri, pengorbanan mereka dibuang begitu sahaja.
Malah, kemerdekaan yang dikecapi kini juga adalah daripada titik peluh nenek moyang kita yang bergadai nyawa dan harta demi masa hadapan yang cerah untuk Malaysia. Jangan sesekali lupa ya!

2. Berpecah kerana berbeza pandangan


Pandangan yang berbeza tentang aspek atau isu tertentu membuatkan anak muda kini tidak lagi bersatu. Di Malaysia, masing-masing bertekak mempertahankan konon mereka yang paling ‘berilmu’.
Bak kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Well, chill babe! Tidak salah nak menyatakan pandangan, tapi dalam masa yang sama kenalah juga menerima pandangan orang lain. Jadi, bila kita mendapat pelbagai sudut pandangan bagi sesuatu isu, barulah kita boleh berfikir dengan lebih menyeluruh dan rasional. Betul tak?

3. Cari ilmu di jalanan, bukan di sosial media semata-mata


Banyakkan membaca, banyakkan memerhati realiti dan bandingkan setiap positif dan negatif sesuatu kejadian. Tidak sekadar scroll laman sosial media dan mengutuk tanpa fakta. Keyboard warrior tu bukan satu kerjaya ya!


4. Pedulikan hal yang remeh, fokus untuk bina hidup yang lebih baik


Hal putus cinta, gosip-gosip murahan dan macam-macam lagi perkara remah harus diusir jauh-jauh dulu jika ingin berjaya. Ini tidak, umur baru belasan tahun, dah pandai nak bercinta sedangkan masa hadapan pun masih belum dirancang dengan sempurna.
Well, perkara yang baik akan datang jika kita berjaya atur kehidupan dengan lebih ‘matang’. Jangan biarkan diri korang terbuai dengan hal yang remeh-temeh okay?


5. Tetapkan matlamat anda dan pilih ‘role model’ yang tepat!



Jadikan ahli keluarga atau mereka yang berjaya dalam industri masing-masing tidak kiralah daripada bidang bisnes, hiburan ataupun politik sebagai sumber inspirasi.
Sebagai contoh, jika anda bercita-cita untuk menjadi usahawan berjaya, mula langkah pertama dengan membina matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk mencapai cita-cita tersebut. Jangan sesekali putus ada jika gagal!





No comments:

Post a Comment