Tuesday, January 10, 2017

Hanya Aku Dan Amalanku Disini Menanti.


kita sibuk mengejar keselesaan dunia , sedangkan kita nak hidup di dunia ini hanya puluhan tahun..
kita lupa mengejar keselesaan di alam barzakh/alam kubur , tempat di mana kita nak duduk sama ada beratus atau beribu tahun 
kita terlupa nak cari bekal untuk selesa di hari akhirat, tempat yang kita kekal selama-lamanya

sekarang ini kita dah masuk bulan Syawal, bulan dimana jika kita berpuasa 6 hari selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan , kita akan mendapat pahala seolah-oleh kita berpuasa selama setahun. Jangan lepaskan peluang ini kerana syawal dan ramadhan tahun depan, belum tentu kita boleh sampai .
lakukan sekarang juga, puasa sunat sekarang juga, jangan bertangguh dengan amal kerana kita tak tahu bila ajal kita akan tiba, setiap tahun di musim perayaan, banyak accident berlaku dan banyak rekod kematian dicatatkan , tahun ini mungkin ajal kita di jalan raya, kita tak tahu, ajal kita juga mungkin di atas katil ketika sedang tidur, ramai juga orang yang meninggal dunia ketika sedang tidur, ramai juga yang kena sakit denggi, mati dalam masa yang singkat, kita tidak tahu bila ajal kita, Allah sahaja yang tahu , mungkin ini Ramadhan/syawal terakhir kita, kita tidak tahu, oleh itu Ramadhan/syawal tahun ini pulun buat ibadat habis-habisan sebagai "bekal" kita nak bawa masuk ke dalam kubur/alam barzakh dan sebagai "bekal" di padang mahsyar kelak . kita sibuk mengejar dunia hingga lalai dan terlupa kita nak duduk dalam kubur ratusan/ribuan tahun , tempat yang sempit,gelap, dalam tanah, bukan sekejap duduk dalam kubur. Jangan sampai bila dah masuk dalam kubur dan ketika berada di padang mahsyar baru nak menyesal, tak guna dah menyesal time tu , cari bekal pahala sekarang juga bagi kita mencari,memohon rahmat & redha dari Allah Taala bagi membolehkan kita masuk ke dalam jannah Nya.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".(Surah As-Sajdah (32) ayat 12)
------
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
Surah Yassin ayat 52
Ramadhan & Kematian - Ustaz Wadi Anuar ~ https://www.youtube.com/watch?v=MWULmV0cOX8
sebelum kita masuk ke dalam kubur , Cuba renung balik, sejak kita baligh, berapa banyak dosa yang kita pernah buat, berapa ratus/ribu kali solat subuh yang kita dah terlepas ? berapa banyak solat fardhu lain yang pernah kita tinggal ? dosa tinggal solat adalah sangat besar dan kita mesti qada balik dan mesti taubat nasuha . sejak kita baligh, berapa kali kita ada terambil hak orang, berapa banyak barang yang kita pinjam yang masih kita belum hantar dari zaman sekolah sampai sekarang, berapa hutang orang yang kita belum bayar, berapa kali kita melawan dan bercakap kasar dengan ibu bapa kita, sejak kita baligh, berapa banyak dosa mata yang kita lakukan, lebih-lebih lagi di zaman internet sekarang, berapa banyak aurat bukan muhrim kita yang kita dah tengok, berapa kali kita tengok klip video X waktu kita duduk seorang diri, sejak kita baligh, hampir setiap hari yang kita lalui kita mengumpat orang, dosa mengumpat adalah dosa besar dan tidak akan diampunkan sehingga orang yang kita umpat itu memaafkan kita , ada sesetengah orang yang kita umpat dah meninggal dunia, ada yang dah lost contact...kita semua sangat banyak dosa sebenarnya, mungkin kita mengumpat orang 10 tahun lalu, kita pun dah lupa sekarang, tetapi kita akan ingat balik bila di timbangan mizan di padang mahsyar kelak . sekecil-kecil kebaikan dan dan sekecil-kecil kesalahan akan dapat dilihat semula.
Surah Al Zalzalah ayat 5-8 :
(5) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(8)

kita mesti cari pahala semaksimum mungkin untuk mengimbangi dosa-dosa kita apabila ditimbangan di Mizan kelak . 1 pahala adalah sangat berharga pada waktu itu, boleh jadi 1 pahala itu akan membawa kita ke Jannah/Syurga dengan rahmat & redha daripada Allah .
boleh jadi 1 dosa itu akan membawa kita ke Narr/Neraka Jahanamm , Nauzubillahiminzalik . 
Ayuh tambah ibadat,perbanyakkan istighfar & taubat nasuha , perbanyak membaca Al Quran, dalam 1 hari, jangan tinggal surah al waqiah,10 ayat pertama & 10 ayat terakhir surah al kahfi (pelindung daripada dajjal) , surah al ikhlas, surah al mulk (sebelum tidur) dan ayat kursi. perbanyakkan puasa sunat , ada satu hadis menerangkan puasa mampu menjadi perisai daripada api neraka . Jangan tangguh dengan amal sementara ajal kita masih belum tiba, bila nyawa dah sampai ke halkum , pintu taubat dah ditutup untuk selama-lamanya, nak taubat tak boleh dah, nak sedekah tak boleh dah, nak beramal soleh tak boleh dah,
kalau nak beribadah, nak taat kepada Allah, sekarang waktunya....dalam kubur tak payah baca Quran dah, dalam kubur tak perlu solat dah , nak solat banyak-banyak, sekarang adalah masa nya.
Show More Reactions

No comments:

Post a Comment