Baru-baru ini tular kisah suami-suami sekarang yang terlalu selesa membiarkan isteri-isteri mereka hidup berdikari dan ianya sangat terkena pada batang hidung saya.
Sudah sebulan saya ditinggalkan isteri. Saya ceritakan sedikit detik awal perkenalan kami. Kami berumur 27 tahun, kenal hampir 5 tahun sewaktu zaman belajar lagi. Lepas setahun habis belajar, kami berkahwin.
Perkahwinan hanya bertahan selama dua tahun atas kelalaian saya sendiri. Dia memang seorang wanita yang sangat baik, cantik, lemah lembutlah ciri-ciri ada pada dia. Semasa bertunang, kami masih PJJ, saya di Kedah, dia di Johor. Kami memang jarang berjumpa, tidak macam pasangan PJJ yang lain yang mesti akan bergayut 24 jam. Tapi tidak bagi kami. Saja nak bagi ruang antara satu sama lain. Lagi dua bulan nak kahwin, si dia nekad berhenti kerja dengan alasan nak ikut saya bila kahwin nanti.
Rezeki dia murah, lepas sebulan menganggur, terus dapat kerja yang agak baik di bumi Kedah dan kami pun berkahwin. Malangnya selepas 4 bulan berkahwin, saya mendapat tawaran kerja yang lebih bagus yang memerlukan saya untuk pergi latihan selama 6 bulan.
Pada mulanya, dia agak keberatan kerana tidak sanggup nak berjauhan dengan saya. Dia mula mengungkit yang dia sanggup berhenti kerja untuk sentiasa dekat dengan saya, tambahan pula dia tengah pregnant ketika itu 2 bulan. Untuk 3 bulan pertama pula tak boleh berjumpa ketika training. Itu lagi membuatkan dia susah untuk lepaskan saya pergi. Tetapi setelah berbincang dan demi masa depan kami sekeluarga akhirnya dia bersetuju. Kami menyewa rumah yang berdekatan dengan keluarga saya, jadi saya tidaklah begitu risau meninggalkan dia seorang diri di rumah.
Sepanjang tempoh 3 bulan, dia seorang diri pergi checkup kandungan dia di klinik. Saya masih boleh menggunakan telefon cuma tak boleh keluar dari training. Kadang-kadang dia call saya tapi saya selalu tak dapat nak angkat atas faktor kerja. Tapi lepas tak sibuk saya jugak selalu lupa nak call dia balik. Kadang-kadang saya terlupa nak tanya keadaan dia dan kandungan selepas dia checkup walaupon sebenarnya saya sangat excited untuk jadi bapa.
Lepas bulan ke empat, saya boleh pulang ke rumah tapi saya menghabiskan masa di tempat kerja sebab memang banyak paperwork yang perlu saya siapkan. Untuk pengetahuan semua, saya memang tiada skandal dengan mana-mana perempuan kerana niat saya kerja kerana Allah SWT. Dia selalu call suruh saya balik, bukan tak rindu, tetapi saya sangat pentingkan kerja. Dipendekkan ceirta, dalam masa 6 bulan training hanya 5 kalai saja saya balik jenguk isteri itu pun hanya bermalam dua tiga hari. Bila habis training, tau-tau je perut dia dah besar dah tunggu hari saja.
Pernah suatu pagi saya dapat banyak miss call dari dia. Masa tu saya tengah meeting, sampailah ke malam bila dia call saya, kami borak seperti biasa. Sebelum akhiri perbualan, dia tanya, “hubby langsung tak tanya sayang kenapa call banyak kali pagi tadi?” Hubby tau tak kereta saya tengah rosak tengah jalan. Sayang tau hubby jauh tak guna pun kalau call bukannya hubby boleh datang. Nasib baik ada seorang lelaki budiman yang sedia membantu. Sayang kecil hati sangat dengan hubby sebab langsung tak call balik tanya kenapa sayang call. Tolong prihatin sikit, walaupun saya boleh buat semua benda sendiri, tapi sayang sangat perlukan hubby. At least tanya keadaan sayang dan baby macam mana.
Dia juga pernah pergi beli barang-barang persediaan bayi seorang diri dengan perut yang sedang memboyot. Dia ajak saya tapi tak kena dengan masa disebabkan dia pandai berdikari, saya izinkan dia pergi seorang diri. Dipendekkan cerita, sewaktu hendak melahirkan bayi pertama kami, saya hanya sempat ke hospital selepas 2 jam dia selamat melahirkan anak. Dia drive sendiri ke hospital dalam keadaan sakit kerana ketika itu saya sedang meeting dengan orang-orang atasan.
Selepas habis pantang, dia mula kerja dengan keadaan diri yang semakin lawa. Bentuk badan tetap maintain macam anak dara. Ye lah, dia dah sarat pun jika pandang dari belakang seperti orang tidak pregnant saja. Tetapi saya langsung tidak risau disebabkan saya begitu yakin cinta dan sayang dia hanya untuk saya begitu juga saya, saya kerja keras sebelum ini memang untuk dia dan anak kami.
Tetapi saya silap. Dia sudah pandai bermain cinta dengan lelaki yang banyak tolong dia semasa saya tiada. Lepas kantoi dan dia mengaku, saya bebetul kecewa sebab dia curang dengan saya. Dia meluahkan semua isi hatinya selama hidup dengan saya. Dia selalu makan hati berulang-kali memendam perasaan. Dia cakap saya membuatkan dia rsa tanpa saya di sisi, hidup dia masih boleh diteruskan.
Dia boleh memandu, makan apa-apa yang dia idamkan semasa mengandung seorang diri. Dia boleh pergi shopping baju bayi sendiri. Dia boleh pergi hospital sendiri dan saya selalu terlupa untuk tanya aktiviti harian dia yang seorang diri tanpa saya. Dah makan ke belum? Dah pergi kerja ke belum? Jadi apabila ada seorang lelaki yang mengambil berat, sudah tentu dia akan cair.
Setelah mendengar segala isi hati dia, saya baru tersedar selama ini saya memang tidak mengambil berat langsung pasal dia. Ini semua sebab saya yakin, dia seorang yang berdikari, namun saya terlupa dia juga memerlukan saya sebagai suami. Walaupun setiap bulan saya tidak pernah lupah untuk beri nafkah RM400, tapi itu semua tidak bermakna jika tidak diberikan nafkah kasih sayang.
Jadi saya nak nasihatkan para suami. Tolonglah sayang biarkan isteri anda menguruskan rumah tangga seroang diri walaupun dia memang pandai berdikari tetapi hati seraong isteri sangat perlukan layanan, ambil berat daripada suami. Saya tahu dia pun follow page ini sebab dia selalu tag nama saya di masalah-masalah yang berkaitan tetapi saya hanya like post dia tanpa membaca. Sekarang bila saya baca satu persatu apa yang dia tag saya selama ini, saya sangat menyesal sebab tak pernah ambil peduli. Kadang-kadang suami ni malu bila isteri postdan tag nama mereka, tetapi ketahuilah mereka hanya inginkan perkahwinan yang bahagia dengan kita.
Jadi kepada awak, saya tahu awak memang tengah merajuk dengan saya. Sudah sebulan ini. Mehlah kembali ke rumah kita. Saya tak kuat tanpa awak. Saya janji saya akan jaga awak dan anak kita dengan penuh kasih sayang. Terima kasih keran sudi baca. Doakan dia kembali cepat kepada saya.
No comments:
Post a Comment