Sebelum kahwin sifat kedekut suami tak ketara sangat. Sekali sekala berjumpa, mana nak tahunya. Bila dah kahwin, tak lama nak ambil masa untuk tahu betapa kedekutnya suami itu. Nak minta belanja bulanan untuk makanan yang sepatutnya tidak perlu diberitahu pun, kena minta setiap bulan. Isteri minta RM1000 belanja dapur dan pelbagai belanja, dia akan bagi RM500 saja. Lepas tu jangan haraplah nak beri belanja tambahan.
Kalau nak minta juga macam-macam kena isteri buat untuk ambil hati. Kena masak sedap-sedap, bau badan wangi-wangi, senyum lirikan “signal manja kasih” juga diberi tanda sayang suami, barulah berani nak minta belanja untuk barangan kesihatan dan kecantikan, duit PIBG atau pelbagai belanja tambahan diri dan keluarga.
Kalau nak minta juga macam-macam kena isteri buat untuk ambil hati. Kena masak sedap-sedap, bau badan wangi-wangi, senyum lirikan “signal manja kasih” juga diberi tanda sayang suami, barulah berani nak minta belanja untuk barangan kesihatan dan kecantikan, duit PIBG atau pelbagai belanja tambahan diri dan keluarga.
Jika tidak diminta, jangan haraplah. Itulah RM500 sebulan saja yang diberi sedangkan suami mampu memberi lebih. Kisah Labu Labi dan Hj Bakhilnya memang berlaku dalam realiti kehidupan hari ini. “Budak-budak kecik tak boleh pegang duit besar!” Hah! begitulah falsafah orang kedekut!
Ramai isteri merana terutama yang tidak bekerja dek bahana suami kedekut. Dulu masa isteri kerja, disuruh berhenti. Nak jadi isteri mithali, duit jangan risau di hati. “Abang akan kerja keras menanggung anak isteri,” itu janji masa baru enam bulan kahwin. Sudahnya enam tahun selepas itu bila isteri minta duit belanja, apa jawabnya? “Dah tak kerja tu pandai-pandailah cari duit tambahan, berniaga nasi lemak ke, buat kuih ke, jangan harap duit saya aja.
Jangan malas-malas kat rumah, tolong suami ni sikit!” Itulah jawapannya! Kerana duit juga habis semanis cinta bertukar semasam cuka. Ada isteri mengadu suami nak makan sedap-sedap di rumah. Jika masak ikan kembung, kembang kucup muka masam mencuka. Nak makan ikan tenggiri, ikan merah, tapi belanja diberi tahap ikan selayang, ikan kembung. Bila kata duit diberi tak cukup, hah! muncung masam muka, capai kunci kereta, pergi makan kedai. Ada pula duit dia makan kedai sedap-sedap siap belanja kawan lagi. Dengan anak isteri kedekut. Dengan kawan-kawan yang tak membantu tu, murah hati pula dia! Macam manalah nak hidup bahagia!
Elok yang sedang bercinta tu, siasat siapa bakal suami anda tu. Salah satu usaha, buat kaji selidik dan suruh dia jawapan soalan-soalan yang boleh membongkar sifat-sifat dia kedekut ke tidak. Antara soalannya “berapakah duit belanja dapur yang mampu anda beri pada isteri?
Beri beberapa jawapan sampai jawapan serendah RM300 sebulan dan tertinggi RM 1500 – RM3000 sebulan. Jika dia jawab RM1500 hingga RM3000, boleh letak ranking tinggi teman lelaki itu sebagai calon suami. Menyiasat sikap dan perlakuan bakal suami itu penting bagi menjana kejayaan rumah tangga.
Macam mana nak ‘ubat’ masalah suami kedekut? Tiada jawapan tepat kerana sikap manusia tak sama. Pastikan berbincang dengan suami berapa kemampuan dia sebenarnya untuk bagi kita. Bincang dan susun elok-elok sistem ekonomi rumah tangga masa hanya berdua, bertiga dan akhirnya berlima kerana pertambahan ahli keluarga, apa si dia nak buat untuk tambah perbelanjaan keluarga.
Janganlah bersikap kedekut tidak bertempat untuk menyara keluarga. Apa yang jadi keutamaan diberi perhatian dan tindakan agar rumah tangga atau perhubungan mesra menjadi kekal bahagia!
No comments:
Post a Comment