Ingatkan masa cuti sekolah macamni, bolehlah nak menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak. Dek kerana itu, si ayah dan si ibu ambil cuti tahunan untuk luangkan masa bersama anak-anak.
Namun, ternyata jangkaan mereka meleset apabila lepas je bangun tidur, anak-anak sibuk main smartphone masing-masing. Eh, tak boleh jadi ni. Kena cari jalan untuk alih perhatian mereka daripada smartphone dan dedahkan cara hidup yang lebih sihat!
Ambil sarapan yang memberi tenaga!
Sebelum memulakan apa-apa aktiviti, kenalah didik anak korang untuk ambil sarapan. Bukan sahaja kanak-kanak, tapi kami percaya orang dewasa juga memerlukan sarapan yang berkhasiat dan memberi tenaga untuk menjalani rutin seharian.
Antara cadangan kami adalah dengan mengambil secawan MILO® bersama roti bakar atau sandwich. Percaya atau tidak, dengan menu sarapan macamtu, perut akan maintain kenyang!
Dah ambil sarapan? Okay, sekarang kita boleh proceed dengan senarai aktiviti trill dan menyihatkan untuk korang buat dengan anak-anak di musim cuti sekolah ini!
1) Rock Climbing
Lokasi: Camp 5 Climbing Gym, One Utama, Damansara Utama.Harga : Dewasa RM 33, Pelajar RM 22 , Remaja RM 16 dan percuma untuk kanak-kanak bawah 8 tahun ( harga ahli)
Biasanya kalau pergi One Utama mesti terfikir nak shopping kan? No! Kali ni apakata bawa anak-anak menjengah Cap 5 Climbing Gym di mana korang boleh juga bakar-bakar lemak tebal di samping mengeratkan silaturahim dengan anak-anak.
2) Jump Aerobics/ Dodgeball
Lokasi: Jumpstreet PJHarga : Bermula daripada RM22 per pax (off peak)
Wah, seronoknya dapat lompat sana-sini kan. Well, untuk pengetahuan korang, jumpstreet bukan ada dekat Petaling Jaya sahaja, malah ada di Penang dan tak lama lagi khabarnya akan dibuka di Johor Bahru.
3) Paintball
Lokasi :PutrajayaHarga : Bermula daripada RM 50 per pax (bergantung pada jenis pakej)
Ha.. ni memang lasak lah kan! disarankan untuk bawa anak-anak yang dah besar sikit. janganlah pergi bawa anak yang masih bersekolah tadika pula! Tapi, memang thrill bila dapat tembak-tembak orang kan. Cuma, bila dah balik tu mesti badn berbekas-bekas.
4) Go Kart
Lokasi: Kart X, SubangHarga : RM 100- RM160 per pax ( bergantung pada jenis litar)
Wah! kami rasa anak anda pasti teruja bila dapat racing go kart kan? Well, mana tahu nanti bila dah besar mampu jadi pelumba go kart pula!
No comments:
Post a Comment