Menguruskan anak di waktu pagi pastinya bukanlah satu tugas yang mudah buat seorang ibu. Lebih-lebih lagi jika si ibu juga seorang yang bekerjaya dan perlu keluar rumah awal pagi untuk ke tempat kerja.
Mana nak uruskan anak, mana nak uruskan diri sendiri, betul tak? Silap hari bulan boleh spoil mood ibu di waktu pagi. Tak apa, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.
Berikut 6 cara luar biasa bagaimana seorang ‘SuperMom’ menguruskan anak di waktu pagi. Pantas dan teratur!
Buat jadual menu selama seminggu
Untuk pastikan korang tak kelam kabut dan blur mahu sediakan breakfast apa, sediakan jadual lengkap menu breakfast selama seminggu. Atau mungkin boleh buat menu untuk lunch & dinner sekali?
Gunakan waktu terluang pada hujung minggu untuk rancang menu breakfast yang paling ringkas, cepat dan berkhasiat untuk keluarga.
Alah google kan ada, tak pun korang boleh join mana-mana group masakan di Facebook. Yang penting menyelerakan dan mampu menarik anak untuk breakfast. Lebih bagus, semua barang keperluan tersebut dibeli pada hujung minggu. Masa itu emas!
Semua keperluan anak disediakan sebelum tidur
Pada waktu malam luangkan sedikit masa untuk bertanya dan bantu sediakan segala barang sekolah anak. Antaranya buku, alat tulis, stokin, malah baju sekolah pun kena gosok siap-siap pada waktu malam.
Letak di satu tempat yang mudah untuk anak nampak. Baru lah pagi korang tak kelam kabut dengan benda remeh temeh.
Bawa alat make up ke dapur
Dalam kelam kabut nak siapkan anak dan breakfast pada waktu pagi, kadang kala si ibu kekurangan masa untuk menyiapkan diri sendiri. Kalau ada seorang anak okay lagi tapi kalau dua tiga orang? Ke sana ke sini sampai tak sempat nak make up?
Apa kata bawa je alatan make up yang korang nak guna tu ke dapur. Jadi jimat masa tak perlu ulang-alik dari bilik ke dapur. Mesti ada antara korang dah try idea ini kan?
Breakfast yang simple tapi membuka selera
Antara tugas paling ‘getir’ buat seorang ibu ialah bila memikirkan nak masak makanan apa untuk keluarga. Tak kiralah brekfast, lunch mahupun dinner. Memang mencabar.
Jangan risau sekarang semua di hujung cari. Gunakan kemudahan internet yang ada untuk search menu breakfast yang simple dan ringkas tapi membekalkan tenaga yang secukupnya untuk anak . Contohnya roti sandwich, bijirin, pancake, fruit yogurt dan banyak lagi.
Guna kreativiti korang untuk jadikan breakfast itu lebih menarik. Kena try and error lah.
Atau sediakan secawan MILO®!
Dalam banyak-banyak menu breakfast yang korang buat, jangan lupa sediakan minuman paling disukai rakyat Malaysia iaitu MILO®. Banyak sebenarnya khasiat MILO® ini yang kita mungkin tak tahu, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.
Antaranya mengandungi protein, vitamin dan karbohidrat yang lengkap untuk anak anda mengharungi jadual persekolahan yang padat. Selain itu minuman sihat seperti MILO® dapat membekalkan khasiat pemakanan tambahan dan melengkapi diet yang seimbang bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan terbaik.
Pendek kata tak perlu risau lagi tentang tahap kecergasan dan prestasi anak, mereka pasti sentiasa bertenaga dan aktif bila dah minum MILO®!
Oh, seorang supermom pun jangan lupa minum MILO® juga ye baru lah bersemangat setiap hari!
Suami kena lah tolong!
Kalau dah tak terkawal sangat, mungkin boleh minta pertolongan suami? Hehe supermom pun kadang-kadang perlukan bantuan ‘superhero’ yang lain. Contohnya suami boleh tolong siapkan anak dan ibu pula sediakan breakfast untuk keluarga.
Kan sweet macam itu! Walaupun pertolongan suami nampak macam senang tapi percayalah ia sedikit sebanyak meringankan beban para isteri di waktu pagi. Takkan tak boleh tolong kan?
No comments:
Post a Comment