Sunday, January 10, 2016

Korang Rasa Antara 4 YouTubers Ni... Siapa Yang Boleh Pergi Jauh?

FamousYoutubers
Kami yakin ramai dalam kalangan pembaca OHBULAN! ni lebih cenderung ke arah media sosial berbanding dengan hiburan di kaca TV. Betul tak? Jadi korang mesti familiar dengan empat orang youtubers ni kan?
Mesti salah seorang daripada mereka ini korang minat dan suka dengan ‘hasil kerja’ mereka kan? Kami nak pandangan korang, antara keempat-empat  youtubers ini siapa yang boleh ‘pergi jauh’ dan ada potensi untuk maju? Di bawah ini kami ada sediakan poll bagi setiap seorang untuk korang undi.

1. Shazreen Fazlynda

Screen Shot 2015-12-30 at 02.16.52
Mesti korang familiar dengan dia ni kan? Banyak buat perkara fakta tentang keadaan sekeliling. Menurutnya, dia bercita-cita untuk melibatkan diri dalam dunia perfileman. Hrmm, nampak gaya macam potensi je. Apa pendapat korang?

2. Mat Lutfi

Screen Shot 2015-12-30 at 02.17.01Haaa, yang ni memang jadi kegemaran orang ramai dengan video-videonya yang penuh dengan mesej mendalam. Selain daripada rupanya yang cute menjadi idaman wanita diluar sana, lawaknya yang agak sarkastik dan penceritaan selaras dengan keadaan sekeliling turut menarik minat penontonnya. 

3. Jinnyboy

Screen Shot 2015-12-30 at 02.17.12
Dia ini lah yang paling ketara kejayaannya, melalui siaran Youtubenya JinnyboyTV,  kini Jinnyboy sudah pun  terkenal menjadi pengacara radio berbahasa Inggeris paling popular di Malaysia.
Daripada Youtube kini di radio, tapi agak-agak korang lah kan Jinniboy ni boleh pergi jauh lagi tak?

4. Dankhooproduction

Screen Shot 2015-12-30 at 02.17.20

Kami suka melihat video-video daripada Dankhooproduction ini, kebanyakan cerita-cerita yang diolah dalam bentuk filem pendek channel Youtube miliknya ini membuatkan penonton tersenyum kerana ia benar-benar belaku dalam kehidupan seharian kita.
Hmm, agak-agak korang lah kan, siapa yang ada potensi untuk maju kehadapan. Bagi kami semuanya bagus dan semua boleh pergi jauh sebab kalau dilihat semula mereka semua ini ada potensi untuk melibatkan diri dalam siaran tv mainstream. Ada yang dah mula famous dah pun.
Namun, dek kerana saluran yang terhad populariti mereka hanya di media sosial sahaja. Mungkin dengan kedatangan siaran TV digital pada tahun 2018, mereka akan berpeluang meluaskan lagi pengaruh mereka di seluruh Malaysia. Tapi apa pula kaitan diaorang dengan siaran TV digital eh?
Dengar cerita, sesiapa saja yang mampu boleh berpeluang mempunyai saluran tv sendiri! Mesti pelik kan? kalau korang nak tahu maklumat yang lebih lanjut, klik di sini untuk fahami lebih mendalam lagi.

No comments:

Post a Comment