Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "jika harta rampasan perang diambil sebagai kekuasaan, amanat sebagai rampasan, zakat sebagai hutang, belajar bukan ilmu agama, suami taat kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, menghina temannya dan merendahkan bapanya, munculnya suara suara (ceramah) di masjid-masjid, orang fasik menjadi tuan, orang hina menjadi pemimpin, orang yang mulia kerana ditakuti kejahatannya, munculnya para wanita yang suka bersolek dan alat-alat muzik serta khamar (arak) dimimum, umat sekarang melaknat generasi sebelumnya, maka pada saat itu berhati-hatilah dengan angin merah, gempa , penenggelaman, penghapusan, dan pemuntahan itulah tanda-tanda yang berturut-turut, seperti peraturan keadaan yang terputus, lalu diikuti yang lainnya. "(HR Tirmidzi)
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang bersabar atas agamanya seperti orang yang memegang bara api." (HR Tirmidzi)
Hadis di atas menunjukkan apa yang akan diperlihatkan dari sebagai ujian, musibah dan kesempitan kepada kaum muslimin sehingga mereka menyembunyikan agama atau meninggalkannya. Mungkin juga boleh kita katakan bahawa sekarang ini ramai kaum muslimin yang kembali pada agama mereka untuk menjalankan pelbagai kewajiban dan sunahnya, seolah-olah mereka asing terhadap agama yang mulia ini. Dan, itulah Islam yang merupakan benteng dari setiap masyarakat yang sesat.
Setiap kali cubaan dan musibah bertambah, manusia semakin jauh dan hati menjadi ingkar, pedoman manusia hanya untuk dunia dan sedikit sekali dari mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya.
Dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a. bahawa Rasulullah SAW. Ditanya tentang kiamat. Lalu, beliau bersabda, "Ilmunya hanya ada pada Tuhanku. Waktunya tidak jelas kerana hanya Dia yang mengetahuinya. Akan tetapi, aku beritahukan kepada kalian tanda-tanda yang akan berlaku menjelang kiamat itu. Sungguh, menjelang kiamat nanti akan berlaku berbagai fitnah dan haraj. "Mereka berkata," Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui fitnahnya. Lalu, apa haraj itu? "Beliau menjawab dengan lafaz orang Habsyi," Pembunuhan dan keingkaran yang akan menjumpai manusia. Seseorang tidak tahu mengapa ia membunuh orang lain. "(HR Ahmad)
Saya membayangkan bahawa turunnya hadis ini disebabkan oleh terjadinya banyak kebodohan dan keingkaran yang menyelimuti hati sebahagian kaum muslimin, lemahnya tali persaudaraan di atas kemasalahan bersama, tidak terdapat lagi orang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya serta tidak ada lagi ukhuwah islamiah.
Keingkaran seperti ini akan terus bertambah setiap kali kita makin dekat dengan kiamat. Sekarang ini sebahagian besar dari kita memandang tanda-tanda tersebut dengan pandangan luaran sahaja. Bahkan, telah ada perkataan-perkataan dari orang yang menandakan keingkaran tersebut seperti perkataan sebahagian manusia, "Kesibukan adalah kesibukan, Perniagaan adalah perniagaan, bekerja adalah bekerja dan dalam bekerja tidak ada rahmat dan cinta." Semoga Allah SWT mengampuni kita dan tidak memurkai kita.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment